Tuesday, 27 September 2011

KATEGORI DAN FAEDAH DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM



Kegiatan kokurikulum wajib disertai oleh para pelajar, mulai tahun 3 Sekolah Rendah hingga ke IPTA. Setiap pelajar perlu menyertai 3 kategori iaitu satu pesatuan / kelab, satu pasukan beruniform dan satu lagi permainan / sukan. Melalui kegiatan kokurikulum para pelajar dapat mengetahui serba sedikit mengenai kegiatan yang diceburinya. Seterusnya mandapat manfaat daripada kegiatan tersebut. Sebagai contoh, dengan menyertai perkhemahan pasukan beruniform seperti Tunas Kadet Remaja Sekolah (tKRS), pelajar dapat mendisiplinkan diri dan dapat menguruskan diri dengan baik tanpa pengawalan para ibu bapa mereka.


Jangan fikir banyak lagi, marilah sama-sama menyertai kegiatan kokurikulum untuk mengamalkan tubuh badan yang sihat dan otak yang cerdas. Ini sejajar dengan Falsahfah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan sempurna dari segi jasmani, emosi ,rohani dan intelek (JERI).