Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah(tKRS) di SJKC Kundang ditubuhkan pada tahun 2004. Pada mulanya para guru berasa bimbang terhadap unit pasukan beruniform ini. Memandangkan semua guru tiada pengetahuan dalam tKRS, kebetulan pada tahun itu datang seorang guru yang mahir dalam bidang tKRS ini. Guru tersebut telah mengetuai para guru untuk menjalankan aktiviti dan kemahiran yang ada dalam sukatan tKRS. Kemahiran-kemahiran yang ada dalam tKRS ialah bantu mula, aktiviti kawad kaki, ikhtiar hidup, bina insan, khidmat kemasyarakatan, ikatan tali, membuat gajet , mendirikan khemah dan lain-lain lagi.
Pada mulanya aktiviti dijalankan, kemahiran yang diajar merupakan kawad kaki. Ramai pelajar sukar untuk bezakan kanan dan kiri. tKRS ini berbeza dengan unit badan beruniform lain kerana semasa kawad kaki, kaki kanan yang melangkah dahulu. Pada mulanya para pelajar dilatih berjalan dengan langkah 1 kaki kanan keluar dan tangan kiri menghala ke hadapan, langkah 2 kaki kiri keluar dan tangan kanan menghala ke hadapan. Tetapi terdapat sebilangan kecil dari pelajar itu berjalan macam robot iaitu kaki kanan dan tangan kanan sekali, melihat keadaan ini adalah mengelikan hati.Walau bagaimanapun, latihan demi latihan yang diberikan oleh guru penasihat, akhirnya pelajar dapat menguasainya dengan baik.
No comments:
Post a Comment