Pada 12-15 Mac
2005, pihak sekolah telah berusaha mengabungkan empat buah Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina untuk menjalankan satu aktitivit perkhemahan di Kem Sekakap di
Johor. Bilangan pelajar yang menyertai perkhemahan tersebut seramai 135 orang.
Objektif perkhemahan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara
sekolah-sekolah dan mendedahkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam
perkhemahan. Di samping itu, ingin melatih para pelajar mendisiplinkan diri,
tahu serba sedikit kemahiran-kemahiran yang ada dalam aktiviti perkhemahan
serta melatih para pelajar menjadi seorang pemimpin.
Selama empat hari tiga malam di Kem Sekakap, banyak aktiviti telah dijalankan. Pada hari
pertama, sebaik sahaja kami tiba di tapak Kem, pihak Kem Sekakap telah memperjelaskan
segala peraturan yang perlu diikuti oleh semua peserta.
Selepas itu, para pelajar diagihkan kepada kumpulan iaitu enam orang satu kumpulan untuk penginapan. Sebelum itu, para pelajar perlu mendirikan khemah masing-masing dan meletakkan segala barang ke dalam khemah.Seterusnya para pelajar pergi mandi dan bersedia menunggu masa untuk makan malam dan persiapan untuk pembukaan rasmi perkhemahan. Pada malam itu juga ‘aktiviti night walk’ dijalankan di mana para pelajar hanya menggunakan lampu suluh dalam keadaan gelap,dalam suasana gelap dan angin bertiup sepoi-sepoi kedengaran bunyi monyet dan binatang lain. Semua orang dalam hati bertebung-bertebar kerana tidak tahu bila akan sampai destinasinya.Nasib baik tidak jauh dari tempat itu kelihatan ada unggun api sedang menanti, ini bermaksud destinasi sudah sampai. Setelah mendengar penjelasan dari pihak Kem, kita pun berjalan kaki dan balik ke khemah masing-masing untuk tidur.

Pada pagi hari
kedua, pagi-pagi para guru telah memanggil semua pelajar bangun pada pukul 6
pagi. Selepas itu, para pelajar terus ke tepi pantai untuk menjalankan aktiviti
senaman pagi dan latihan kawad kaki. Semua pelajar berkawad dengan penuh
semangat kerana ini kali pertama berkawad kaki di tepi pantai serta dapat
melihat pemandangan di tepi laut yang sungguh cantik. Apabila selesai berkawad,
semua pelajar makan sarapan pagi bersama-sama. Pada pukul 9 pagi, aktiviti
seterusnya menunggu iaitu ‘up-seiling’ di mana aktiviti ini untuk menguji
ketabahan dan daya kuat seseorang diri terhadap situasi tinggi. Para pelajar
semuanya ingin mencubanya. Pada malam itu juga ada aktiviti fire drill. Semboyan dibunyikan pada awal pagi iaitu pukul 2 pagi, semua pelajar dikehendaki berkumpul di tapak yang disediakan untuk tindakan selanjutnya. Kebanyakkan mereka berada dalam keadaan yang penat dan masih mengantuk lagi, ada di kalangan mereka tidak mahu bangun dan guru terpaksa membawa mereka keluar. Aktiviti fire drill bermula dan pasukan ahli bomba mendemotrasikan cara-cara yang betul untuk memadamkan api dan perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya berlaku kebakaran. Di samping itu, meminta beberapa orang guru dan pelajar untuk memadamkan api. Setelah selesai aktiviti fire drill para pelajar dan para guru terus balik ke khemah masing-masing dan tidur.
Pada hari ketiga, selepas bersarapan aktiviti yang seterusnya adalah aktiviti melalui halangan di mana para pelajar perlu memanjat pokok-pokok yang disertai dengan halanga-halangan untuk mencabar diri sendiri semasa menghadapi masalah. Semua pelajar ingin mencubanya dengan hati yang berseronok. Tamat sahaja aktiviti ini, para pelajar pergi ke tempat untuk melakukan aktiviti flying-fox. Semasa aktiviti ini dijalankan pihak Kem Sekakap telah melakukan segala keselamatan yang perlu. Para pelajar menunggu giliran untuk melakukan aktiviti ini, ada di antara mereka menjerit dengan kuat untuk melepaskan ketakutan. Apabila mendarat di lantai mereka menceritakan ia memberikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan sungguh mengkagumkan, sebelum ini mereka tidak pernah menyentuh dan tidak tahu ada aktiviti sedemikian.
Pada sebelah petang, aktiviti yang menyusul adalah menyeberangi sungai. Pada petang itu kebetulan air sungai mengalir dengan deras dan air sungai pasang (kuala sungai bertembung dengan kuala laut).Aktiviti ini sungguh mencemaskan dan para pelajar diminta berjaga-jaga dan memgang tali yang disediakan dengan sekuat-kuatnya. Ada di antara mereka tidak berani turun dan menunggu di tepi sungai atau dinaiki motobot.

No comments:
Post a Comment