Thursday, 3 November 2011

Aktiviti-Aktiviti Tunas Kadet Remaja Sekolah(tKRS)


Badan unit beruniform tKRS sekolah setiap penghujung tahun mengadakan perkhemahan untuk mendedahkan pelbagai aktiviti yang ada kepada pelajar dan secara tidak langsung guru pemimpin dapat mempelajari ilmu baru secara ‘ hands on.’

Dalam pemerhatian saya, melalui aktiviti perkhemahan ini para pelajar dapat melatih diri berdikari, bekerja secara sepasukan, selain itu melalui proses perundingan untuk mendapatkan sesuatu keputusan yang baik demi kepentingan pasukan sendiri. Bukan itu sahaja, malah dapat mendisiplinkan diri melalui latihan kawad kaki serta dapat melahirkan seorang yang mempunyai daya kepemimpinan.

Manakala kepada guru pemimpin, dengan adanya aktiviti sedemikian dapat melatih mereka pergi mendalami lagi pengetahuan yang ada dalam pasukan beruniform ini dan seterusnya perlu ada daya usaha sendiri untuk menambahkan pengetahuan dengan sentiasa peka terhadap hal yang berlaku di sekeliling kita. Tambahan lagi perlu mencari peluang untuk menghadiri kursus kepegaiwaian untuk meningkatkan lagi pengetahuan kita.

Kursus yang pernah saya sertai dalam tKRS ialah pergi ke Pulau Redang selama empat hari tiga malam untuk kursus kejurulatihan. Dalam kursus itu banyak kemahiran yang telah kita pelajari seperti latihan kawad kaki, belajar berenang serta teknik terapung dalam air dengan betul , kaedah snokeling yang betul serta melihat pemandangan cantik dasar laut dan keluar ke laut untuk memancing sotong.

No comments:

Post a Comment