Tuesday, 29 November 2011

Aktiviti Tunas Kadet Remaja Sekolah (tKRS)

Marilah kita nyanyi lagu tKRS,sila klik di sini


Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform. Sila klik di sini 



Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah . Sila klik di sini



Kriteria Yang Perlu Sebagai Pemimpin Pasukan Beruniform

Pemimpin dan Kepimpinan


PENDAHULUAN
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan segelintir sahaja individu ataupun ketua yang berjaya menjadi pemimpin berkesanPersoalan ini sudah lama cuba dijawab oleh pakar-pakar yang mengkaji bidang kepemimpinan. Untuk menjawab teka-teki itu mereka mengemukakan dua penjelasan, iaitu kepemimpinan yang berkesan datang daripada dua sumber, iaitu ciri-ciri peribadi seseorang pemimpin dan pola tingkah laku pemimpin.

TAKRIFAN PEMIMPIN
Pemimpin akan menentukan hala tuju dan jatuh bangun masyarakat itu. Dia bukan sahaja bertanggungjawab untuk memastikan setiap anggota masyarakat mendapat gambaran yang jelas terhadap setiap polisi, arahan dan tugas tetapi juga memastikan setiap arahan dan tugas berkenaan dipatuhi dan dituruti oleh anak buahnya.

TAKRIFAN KEPEMIMPINAN
Kepemimpinan telah menjadi objek kajian sejak permulaan abad ini. Pada hari ini, terdapat berbagai definisi untuk kepemimpinan efektif hasil daripada penyelidikan empirikal. Berikut adalah beberapa definisi kepemimpinan:

a) Kepemimpinan ialah mempengaruh, membimbing pengikut ke satu arah, haluan, tindakan    dan pendapat.
b) Kepemimpinan ialah proses untuk mempengaruhi aktiviti satu kumpulan ke arah mencapai satu matlamat.
c) Kepemimpinan ialah interaksi dua hala antara seorang pemimpin dengan setiap subordinatnya.
d) Kepemimpinan ialah menambah pengaruh ke atas suibordinat supaya mereka mematuhi peraturan dan arahan organisasi.
e) Kepemimpinan ialah pengaruh yang efektif.
f) Kepemimpinan ialah mengguna kuasa yang tidak dapat dielakkan untuk mempengaruhi fikiran dan tindakan orang lain.
Walaupun terdapat perbezaan dari segi definisi kepemimpinan, namun terdapat persamaan . dua konsep penting. Pertama, kepemimpinan ialah hubungan antara atau lebih orang di mana pengaruh dan kuasa ditabuh dengan tidak saksama. Konsep kedua ialah pemimpin tidak boleh wujud berseorangan.

CIRI-CIRI PEMIMPIN
(a) Semangat
Seorang pemimpin perlu mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk berjaya.

(b) Kebijaksanaan dan kepintaran
Seorang pemimpin yang bijaksana adalah pemimpin yang memilih kecerdasan yang baik. Dengan kecerdasan yang baik atau akal yang panjang, dia dapat menggunakan pertimbangan akalnya, atau budi bicaranya dengan adil dan saksama bagi kepentingan orang ramai dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri. Tambahan pula, mereka juga berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat-maklumat yang banyak.

(c) Keyakinan diri
Seseorang pemimpin percaya pada keupayaan diri sendiri. Justeru, pemimpin harus mempunyai disiplin peribadi , boleh diteladani dan sentiasa menjadi contoh.

(d) Dorongan Kepemimpinan
Pemimpin harus mempunyai hasrat yang tinggi mahu mempengaruhi individu-individu lain supaya menyokong usaha bagi mencapai tujuan dan matlamat yang sudah ditetapkan.

(e) Berpengetahuan dan berpengalaman
Pemimpin bukan sahaja memiliki keahlian atau ketrampilan dalam bidangnya, tetapi juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang itu supaya dia berupaya memberi tunjuk ajar dan pimpinan yang lebih berkesan.
(f) Kreativiti
Pemimpin berupaya mencipta idea-idea yang baru dan berguna supaya dapat menghasilkan kerja yang lebih berkualiti dan berkesan.
(g) Fleksibiliti
Pemimpin harus pandai menyesuaikan diri dengan keperluan individu-individu yang mereka pimpin dengan keperluan situasi dan masa. Ciri ini membolehkan para pemimpin mengenal pasti tindakan-tindakan yang sewajarnya mereka ambil dalam keadaan-keadaaan tertentu dan melaksanakan tindakan itu.

(h) Sihat dari segi jasmani dan rohani
Pemimpin memiliki kestabilan emosi, tabah dan sabar, tidak mudah naik darah tetapi tenang dalam menghadapi sebarang masalah dan cabaran, tahu memilih dengan tepat dan tahu perkara yang harus didahulukan.

(i) Kejujuran, amanah dan integriti
Tanpa sifat amanah, pemimpin itu tidak akan mendapat kepercayaan daripada ahli-ahli. Keutuhan dan kestabilan sesebuah pertubuhan itu banyak bergantung kepada sifat jujur serta amanah para pemimpinnya.
(j) Sifat terbuka
Pemimpin yang baik suka berterus-terang, tidak menyembunyikan sesuatu sehingga menjadikan para anggota persatuan menaruh perasaan syak wasangka. Selain itu, dia juga mudah dihubungi dan ditemui pada bila-bila masa.

KEPEMIMPINAN PELAJAR
Di sekolah, pengawas, ketua tingkatan, ketua rumah sukan, pustakawan, pengerusi persatuan, kelab atau badan beruniform adalah pemimpin-pemimpin muda yang berpotensi. Mereka bertanggungjawab untuk memandu dan membimbing pelajar-pelajar lain untuk mencapai kecermerlangan akademik, kemantapan disiplin dan menerapkan nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan budaya sekolah.
Kedudukan Pemimpin Pelajar Dalam Struktur Organisasi Pentadbiran Sekolah
Dalam Struktur organisasi pentadbiran sekolah menengah, gerak kerja kokurikulum iaitu persatuan dan kelab, pasukan beruniform, sukan dan olahraga adalah di bawah pengawasan Guru Penolong Kanan Hal-ehwal Murid (HEM).

Guru penasihat lembaga pengawas, persatuan dan kelab, pasukan beruniform, permainan serta guru-guru rumah sukan adalah dipertanggungjawabkan untuk membantu Guru Penolong Kanan HEM dalam melaksanakan tugasnya. Mereka sebagai pembimbing kepada pelajar juga bertanggungjawab memajukan dan meningkatkan minat, bakat serta kemahiran pelajar bagi melahirkan pemimpin yang benar-benar berketrampilan.

Perlantikan Atau Pemilihan Pemimpin Pelajar
Kebanyakan sekolah menengah di negara kita, mengamalkan sistem pengawas sebagai satu cara untuk menyemai bakat kepemimpinan di kalangan pelajar. Pengawas-pengawas adalah dilantik oleh pihak sekolah daripada kalangan pelajar senior berdasarkan kriteria-kriteria seperti penampilan pelajar dari segi kelakuan dan kecerdasan mereka. Selain itu, mereka juga harus merupakan seorang yang aktif dalam kegiatan olahraga atau gerak kerja kokurikulum. Para pengawas sebagai pemimpin haruslah mempunyai sahsiah yang baik dengan kualiti peribadi yang dapat dijadikan contoh kepada pelajar yang lain.
Walaupun terdapat pemimpin-pemimpin yang dilantik oleh sekolah tetapi ada juga sekolah yang memberi kebebasan kepada para pelajar untuk memilih pemimpin masing-masing. Sebagai contoh, di beberapa buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) terdapat Badan Wakil Pelajar (BWP) di mana pucuk pimpinannya dipilih oleh para pelajar sendiri bagi mewakili mereka dan memperjuangkan hal-hal kebajikan pelajar.

Di samping pengawas sekolah, ketua-ketua tingkatan dan ketua-ketua dorm (bagi sekolah berasrama) adalah dilantik oleh sekolah. Sementara itu, ketua-ketua rumah sukan, pengerusi-pengerusi persatuan akademik, kelab-kelab rekreasi, pasukan beruniform biasanya dipilih oleh ahli-ahli berdasarkan kebolehan dan kewibawaan pelajar-pelajar tersebut.

Pemimpin Pelajar Yang Berketrampilan Dan Berwibawa
Pelajar yang dilantik mahupun dipilih untuk menjadi pemimpin seharusnya berupaya mengerakkan anggota-anggota di dalam sesuatu kumpulan, membimbing dan mengarahkan mereka menuju ke suatu matlamat. Dia harus sedar bahawa dia adalah bertanggungjawab terhadap orang-orang yang dipimpinnya dan berkeyakinan serta bermotivasi untuk memberi khidmat bakti, tenaga dan fikiran untuk kesejahteraan dan kepentingan ahli-ahlinya. Seseorang calon pemimpin bukan sahaja harus mempunyai bakat memimpin, tetapi jug bersedia untuk dipimpin

Semangat pengabdian dan kesetiaan tinggi terhadap organisasi dan ahli turut harus ditanam dalam hatinya. Berikutan itu, dia haruslah sanggup berkorban untuk memastikan persatuan yang dipimpinnya terus maju. Dia harus mengakui bahawa adanya perbezaan individu dan pengharapan meraka juga adalah tidak sama. Oleh itu, komitmen kepada pemimpin mahupun bidang tugas mereka haruslah diwujudkan di kalangan ahli jawatankuasa dan juga ahli-ahli bagi kebaikan organisasi.
Dalam usahanya untuk memajukan organisasi yang dipimpinnya, dia haruslah mempunyai daya inisiatif dan kreatif yang tinggi. Sebelum itu, dia haruslah mempunyai kefahaman yang mendalam tentang prinsip, keperluan dan bidang tugasnya. Berpandukan itu, dia bolehlah merancang dan melaksanakan progam-progam yang memberi manfaat kepada ahli-ahli. Dengan itu, organisasi akan menjadi lebih terkenal dan dapat menarik lebih ramai ahli.

Seorang pemimpin harus memiliki keinginan yang kuat untuk memajukan diri sendiri supaya menjadi manusia yang berilmu, berpengalaman luas dan mampu berkomunikasi sama ada secara lisan mahupun secara bertulis dengan cara yang paling efektif. Kemampuan berkomunikasi ini penting agar maklumat yang hendak disampaikan kepada orang-orang yang dipimpinnya dapat difahami dengan jelas. Bagi meningkatkan daya kepemimpinannya, seseorang pemimpin seharusnya memperbanyakkan bacaannya, menghadiri kursus, bergaul dengan orang yang lebih berilmu mahupun berpengalaman dan meminta tunjuk ajar atau nasihat daripada guru penasihat.
Selain itu, dia juga harus memastikan dirinya sentiasa berada dalam tahap kesihatan yang tinggi, emosi dan mental yang stabil. Mereka juga haruslah merupakan individu-individu yang dinamik, sanggup menerima tugas dan tanggungjawab yang berat, berani mengambil risiko , semangat juang yang tinggi, berakhlak mulia, tegas tetapi adil dalam membuat pertimbangan, ketajaman fikiran, pandai menyesuaikan diri, tekun dan gigih. Dengan kelebihan-kelebihan ini, seorang pemimpin yang berwibawa dilahirkan dan seterusnya dihormati dan dipatuhi oleh ahli-ahlinya.

Pemimpin Pelajar: Ketua Tingkatan Dan Ketua Persatuan Atau Pasukan Beruniform.
Sebagai seorang ketua tingkatan, dia sendiri haruslah berdisiplin sekiranya dia mengharapkan pelajar-pelajar lain turut berdisiplin. Bagi menjadi model kepada pelajar, dia perlu sentiasa berpakaian kemas, menepati waktu, mematuhi peraturan sekolah dan arahan guru. Selain itu, dia juga harus pandai bergaul, dapat menyesuaikan diri dan sedia membantu pelajar lain. Dia tidak boleh berlagak, mengasingkan diri dan ditakuti oleh pelajar-pelajar lain. Dia seharusnya menunjukkan keunggulan peribadinya agar disegani oleh semua pelajar.

Sementara untuk menjadi seorang ketua atau pemimpin sesebuah persatuan akademik atau pasukan beruniform, seseorang itu haruslah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang lebih luas serta minat yang lebih mendalam terhadap bidang itu berbanding dengan orang lain. Ini adalah kerana dia akan menjadi rujukan ahli sebelum guru penasihat dan dapat mewujudkan kepemimpinan yang lebih berkesan. Dia bukan sahaja harus mendorong, memberi perangsang kepada ahli malah berupaya dan berani menasihat, memberi petunjuk serta membantu ahli-ahli untuk terus maju demi kebaikan organisasi amnya dan ahli-ahli khususnya.

PENUTUP
Akhir kata, selaku pemimpin pelajar seseorang itu haruslah mengimbangi di antara tugas akademik dan tugas kepemimpinan. Walaupun mereka digalakkan untuk meraih sebanyak mungkin pengalaman daripada kokurikulum tetapi ilmu pengetahuan daripada buku turut tidak boleh diabaikan. Mereka haruslah peka kepada perkembangan persekitaran dan sedia menerima segala tugas dan tanggungjawab yang diberi lalu menyempurnakannya dengan bersungguh-sungguh dengan bermatlamatkan kecemerlangan dalam semua bidang yang diceburinya.


Wednesday, 16 November 2011

KEPENTINGAN KEGIATAN KOKURIKULUM KEPADA PELAJAR




KEGIATAN kokurikulum di sekolah seperti unit beruniform, sukan dan olahraga, permainan serta kelab dan persatuan mampu memperkembangkan potensi seseorang murid.Melalui pengalaman yang didedahkan dalam kegiatan kokurikulum murid akan diberi ilmu, kemahiran, bimbingan serta latihan yang merupakan satu nilai tambah untuk mencapai kecemerlangan diri.Malah pada masa ini kecemerlangan seseorang murid bukan sahaja diukur dari segi pencapaian akademik sahaja tetapi juga pencapaian kokurikulum.Hal ini bermakna pencapaian dalam kokurikulum membantu meningkatkan prestasi serta memberi peluang yang lebih luas untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau untuk mendapat pekerjaan.

Antara ilmu dan kemahiran yang dapat dipelajari melalui aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut:

Kepimpinan: Seseorang insan yang dilahirkan adalah pemimpin. Oleh itu bimbingan perlu diberikan agar ciri-ciri kepimpinan ini dapat dihayati dan di gunakan dalam kehidupan nanti.Melalui aktiviti kokurikulum murid akan didedahkan dengan pelbagai situasi dan ciri-ciri kepimpinan ini dapat dipupuk dan digunakan sejak permulaan lagi.Sebagai contoh pelantikan sebagai pengawas sekolah, pengerusi persatuan atau pengacara majlis memberi ruang dan kepekaan tentang tanggungjawab yang perlu dipikul dalam mengetuai sesuatu tugas.

Perancangan: Aspek perancangan adalah amat penting untuk mencapai kejayaan.Dalam aktiviti kokurikulum, aspek ini diberi penekanan seperti merancang masa dan jadual pelaksanaan sesuatu projek, merancang program atau merancang sumber kewangan.Keadaan ini memberi kesedaran kepada murid betapa pentingnya aspek perancangan untuk menjayakan sesuatu projek.

Kerjasama: Kerjasama adalah asas kepada kejayaan dalam kehidupan. Aspek ini diberi penekanan dan pendedahan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.Penubuhan jawatankuasa bagi sesebuah persatuan atau kelab, mengendalikan majlis atau membuat kerja amal memerlukan semangat kerjasama yang erat. Hal ini merupakan asas ke arah pembentukan semangat berpasukan yang menjadi teras kejayaan sesebuah organisasi.

Kreativiti: Melalui pertandingan, pameran, seminar, mesyuarat atau pertunjukan, memberi ruang kepada murid-murid mencetus idea ke arah yang lebih kritis dan kreatif serta menggalakkan inovasi.Kegiatan seperti ini mampu mencungkil potensi murid yang akhirnya mampu memberi keyakinan, semangat dan menyuburkan pertumbuhan emosi murid secara lebih seimbang.
Pendedahan ini amat penting untuk membentuk budaya kerja yang sihat personaliti diri yang mampan di masa hadapan.

Melalui ilmu dan kemahiran yang disenaraikan di atas menunjukkan peranan kokurikulum amatlah penting. Ia bukan sahaja sebagai kegiatan tambahan yang dibuat secara sambil lewa tetapi perlu diberi perhatian dan penglibatan yang sepenuhnya oleh murid-murid

Monday, 7 November 2011

MEMPERKASAKAN PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM DI KEM SEKAKAP JOHOR
Pada 12-15 Mac 2005, pihak sekolah telah berusaha mengabungkan empat buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina untuk menjalankan satu aktitivit perkhemahan di Kem Sekakap di Johor. Bilangan pelajar yang menyertai perkhemahan tersebut seramai 135 orang. Objektif perkhemahan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara sekolah-sekolah dan mendedahkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam perkhemahan. Di samping itu, ingin melatih para pelajar mendisiplinkan diri, tahu serba sedikit kemahiran-kemahiran yang ada dalam aktiviti perkhemahan serta melatih para pelajar menjadi seorang pemimpin.

Selama empat hari tiga malam di Kem Sekakap, banyak aktiviti telah dijalankan. Pada hari pertama, sebaik sahaja kami tiba di tapak Kem, pihak Kem Sekakap telah memperjelaskan segala peraturan yang perlu diikuti oleh semua peserta.


Selepas itu, para pelajar diagihkan kepada kumpulan iaitu enam orang satu kumpulan untuk penginapan. Sebelum itu, para pelajar perlu mendirikan khemah masing-masing dan meletakkan segala barang ke dalam khemah.Seterusnya para pelajar pergi mandi dan bersedia menunggu masa untuk makan malam dan persiapan untuk pembukaan rasmi perkhemahan. Pada malam itu juga ‘aktiviti night walk’ dijalankan di mana para pelajar hanya menggunakan lampu suluh dalam keadaan gelap,dalam suasana gelap dan angin bertiup sepoi-sepoi kedengaran bunyi monyet dan binatang lain. Semua orang dalam hati bertebung-bertebar kerana tidak tahu bila akan sampai destinasinya.Nasib baik tidak jauh dari tempat itu kelihatan ada unggun api sedang menanti, ini bermaksud destinasi sudah sampai. Setelah mendengar penjelasan dari pihak Kem, kita pun berjalan kaki dan balik ke khemah masing-masing untuk tidur.  

Pada pagi hari kedua, pagi-pagi para guru telah memanggil semua pelajar bangun pada pukul 6 pagi. Selepas itu, para pelajar terus ke tepi pantai untuk menjalankan aktiviti senaman pagi dan latihan kawad kaki. Semua pelajar berkawad dengan penuh semangat kerana ini kali pertama berkawad kaki di tepi pantai serta dapat melihat pemandangan di tepi laut yang sungguh cantik. Apabila selesai berkawad, semua pelajar makan sarapan pagi bersama-sama. Pada pukul 9 pagi, aktiviti seterusnya menunggu iaitu ‘up-seiling’ di mana aktiviti ini untuk menguji ketabahan dan daya kuat seseorang diri terhadap situasi tinggi. Para pelajar semuanya ingin mencubanya. Pada malam itu juga ada aktiviti fire drill. Semboyan dibunyikan pada awal pagi iaitu pukul 2 pagi, semua pelajar dikehendaki berkumpul di tapak yang disediakan untuk tindakan selanjutnya. Kebanyakkan mereka berada dalam keadaan yang penat dan masih mengantuk lagi, ada di kalangan mereka tidak mahu bangun dan guru terpaksa membawa mereka keluar. Aktiviti fire drill bermula dan pasukan ahli bomba mendemotrasikan cara-cara yang betul untuk memadamkan api dan perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya berlaku kebakaran. Di samping itu, meminta beberapa orang guru dan pelajar untuk memadamkan api. Setelah selesai aktiviti fire drill para pelajar dan para guru terus balik ke khemah masing-masing dan tidur.

Pada hari ketiga, selepas bersarapan aktiviti yang seterusnya adalah aktiviti melalui halangan di mana para pelajar perlu memanjat pokok-pokok yang disertai dengan halanga-halangan untuk mencabar diri sendiri semasa menghadapi masalah. Semua pelajar ingin mencubanya dengan hati yang berseronok. Tamat sahaja aktiviti ini, para pelajar pergi ke tempat untuk melakukan aktiviti flying-fox. Semasa aktiviti ini dijalankan pihak Kem Sekakap telah melakukan segala keselamatan yang perlu. Para pelajar menunggu giliran untuk melakukan aktiviti ini, ada di antara mereka menjerit dengan kuat untuk melepaskan ketakutan. Apabila mendarat di lantai mereka menceritakan ia memberikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan sungguh mengkagumkan, sebelum ini mereka tidak pernah menyentuh dan tidak tahu ada aktiviti sedemikian.

Pada sebelah petang, aktiviti yang menyusul adalah menyeberangi sungai. Pada petang itu kebetulan air sungai mengalir dengan deras dan air sungai pasang (kuala sungai bertembung dengan kuala laut).Aktiviti ini sungguh mencemaskan dan para pelajar diminta berjaga-jaga dan memgang tali yang disediakan dengan sekuat-kuatnya. Ada di antara mereka tidak berani turun dan menunggu di tepi sungai atau dinaiki motobot.                                                                                                          











Thursday, 3 November 2011

Aktiviti-Aktiviti Tunas Kadet Remaja Sekolah(tKRS)


Badan unit beruniform tKRS sekolah setiap penghujung tahun mengadakan perkhemahan untuk mendedahkan pelbagai aktiviti yang ada kepada pelajar dan secara tidak langsung guru pemimpin dapat mempelajari ilmu baru secara ‘ hands on.’

Dalam pemerhatian saya, melalui aktiviti perkhemahan ini para pelajar dapat melatih diri berdikari, bekerja secara sepasukan, selain itu melalui proses perundingan untuk mendapatkan sesuatu keputusan yang baik demi kepentingan pasukan sendiri. Bukan itu sahaja, malah dapat mendisiplinkan diri melalui latihan kawad kaki serta dapat melahirkan seorang yang mempunyai daya kepemimpinan.

Manakala kepada guru pemimpin, dengan adanya aktiviti sedemikian dapat melatih mereka pergi mendalami lagi pengetahuan yang ada dalam pasukan beruniform ini dan seterusnya perlu ada daya usaha sendiri untuk menambahkan pengetahuan dengan sentiasa peka terhadap hal yang berlaku di sekeliling kita. Tambahan lagi perlu mencari peluang untuk menghadiri kursus kepegaiwaian untuk meningkatkan lagi pengetahuan kita.

Kursus yang pernah saya sertai dalam tKRS ialah pergi ke Pulau Redang selama empat hari tiga malam untuk kursus kejurulatihan. Dalam kursus itu banyak kemahiran yang telah kita pelajari seperti latihan kawad kaki, belajar berenang serta teknik terapung dalam air dengan betul , kaedah snokeling yang betul serta melihat pemandangan cantik dasar laut dan keluar ke laut untuk memancing sotong.

Tuesday, 1 November 2011

Kegiatan Kokurikulum Di SJKC Kundang

    Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah(tKRS) di SJKC Kundang ditubuhkan pada tahun 2004. Pada mulanya para guru berasa bimbang terhadap unit pasukan beruniform ini. Memandangkan semua guru tiada pengetahuan dalam tKRS, kebetulan pada tahun itu datang seorang guru yang mahir dalam bidang tKRS ini. Guru tersebut telah mengetuai para guru untuk menjalankan aktiviti dan kemahiran yang ada dalam sukatan tKRS. Kemahiran-kemahiran yang ada dalam tKRS ialah bantu mula, aktiviti kawad kaki, ikhtiar hidup, bina insan, khidmat kemasyarakatan, ikatan tali, membuat gajet , mendirikan khemah dan lain-lain lagi.

     Pada mulanya aktiviti dijalankan, kemahiran yang diajar merupakan kawad kaki. Ramai pelajar sukar untuk bezakan kanan dan kiri. tKRS ini berbeza dengan unit badan beruniform lain kerana semasa kawad kaki, kaki kanan yang melangkah dahulu. Pada mulanya para pelajar dilatih berjalan dengan langkah 1 kaki kanan keluar dan tangan kiri menghala ke hadapan, langkah 2 kaki kiri keluar dan tangan kanan menghala ke hadapan. Tetapi terdapat sebilangan kecil dari pelajar itu berjalan macam robot iaitu kaki kanan dan tangan kanan sekali, melihat keadaan ini adalah mengelikan hati.Walau bagaimanapun, latihan demi latihan yang diberikan oleh guru penasihat, akhirnya pelajar dapat menguasainya dengan baik.